KUALA LUMPUR – “Itulah kehidupan its all about. What goes up, maybe must come down, but what goes down now, insya-Allah, i’ll comeback”
Itu antara kata-kata terakhir bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada kakitangan Jabatan Perdana Menteri (PMO) di Putrajaya seperti video bertajuk Amanat Terakhir Tan Sri Muhyiddin kepada kakitangan PMO yang dimuatnaik di Facebooknya malam ini.
Kata ‘kemunculan semula’ Muhyiddin itu mendapat tepukan dari kakitangan PMO.
Difahamkan, pertemuan itu diadakan sebelum Muhyiddin menghantar surat peletakan jawatannya kepada Yang di-Pertuan Agong baru-baru ini.
Terdahulu, Muhyiddin menjelaskan, sebagai manusia yang patuh kepada peraturan, tindakannya meletakkan jawatan selaras peruntukan Perlembagaan dan menghormati institusi raja apabila tidak dapat lagi sokongan majoriti.
Beliau juga mengakui dirinya mungkin perdana menteri paling pendek tempoh berkhidmat di negara ini.
Bagaimanapun dalam tempoh 17 bulan, beliau merasakan telah berusaha sedaya upaya menangani masalah rakyat ekoran pandemik Covid-19 termasuk usaha mendapatkan bekalan vaksin.
Dalam pada itu, Muhyiddin juga berkongsi perbualannya bersama isterinya selepas solat Subuh baru-baru ini.
“Selepas Subuh, duduk sekejap bersama isteri, berbual-bual. She told me, how do you feel? I feel relieve as i PM no more,” kata Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia itu sambil menambah prinsipnya hanya patuh perintah Allah.
“Rasuah tak boleh, hukumnya haram. Orang curi duit salah, perompak tak boleh. Saya tegak berdiri atas dasar prinsip undang dan hukum,” katanya.
Muhyiddin juga mengulangi apa yang berlaku kepada dirinya kerana ada pihak yang tak menyukainya.- MalaysiaGazette
BILA ADA MUSUH DALAM SELIMUT/ GUNTING DALAM LIPATAN/ MUSANG BERBULU/ TALAM DUA MUKA ATAU MUNAFIKUN…..SEGALA KESATUAN KERJASAMA SALING PERCAYAI SESAMA KITA AKAN HANCUR DAN BERKUBUR
Giliran muhyidin untyl segera diheret ke mahkamah untuk di dalwa atas salah guna kuasa dan rasuah melibatkan wang negara berbillion ringgit. Begitu juga sogokan jawatan glc kepads ahli politik untuk mengelalla kuasa. Bagaimana pula dengan ahli lompat parti dari UMNO ke BERSATU yang melarilan duit 1MDB. Mesti ada pihak yang bertindak segera untuk membust laporan polis dan sprm. Hal ini tidak boleh dilengahkan lagi. Selamatkan negara dari penyamun.
Perancangan zahid untok umno Kembali berkuasa telah berjaya. itulah helah dan putar belit dalam politik yang selama ini menjadikankan umno selalu berjaya. Rakyat ingat zahid jadi kambing hitam tapi rupanya anwar ibrahim. Kambing hitam itu akan disembelih untok kenduri meraikan pm baru nanti. Bersaralah anwar kerana hari sudah senja kala. Bentanglah sejadah bilang lah buah tasbih tangisilah takdir yang telah tetap tidak akan berubah walau sekuat mana usaha dan sokongan manusia.
Kembalilah …….
UMNO mungkin tidak bersama PN pada PRU15, sekiranya UMNO masih lagi dikuasai oleh golongan rasuah dan pencuri, maka sudah tiba pengerusi PN merapatkan saf dengan parti-parti seperti pembangkang seperti Warisan, Pejuang dan Gerakan di bersama PN. PN adalah jenama baru penganti PH dan BN.