KUALA LUMPUR – Perkara penting yang negara perlukan ketika ini ialah kestabilan bagi membolehkan negara menumpukan kembali terhadap usaha menangani krisis Covid-19, memulihkan ekonomi dan membela kesejahteraan rakyat.
Sambil mengucapkan tahniah atas pelantikan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke-9, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, beliau akan membantu beliau sebaik-baiknya menerusi apa juga kapasiti demi kepentingan negara.
”Tahniah YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob yang telah diumumkan sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-9.
”Selamat menjalankan amanah Dato’ Sri. Semoga Allah SWT merahmati ketentuan ini. Amin Ya Rabbal Alamin 🤲,” kata Hishammuddin. – MalaysiaGazette