KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meninggalkan Kompleks Bangunan Perdana Putra petang tadi selepas kira-kira empat jam menghabiskan hari pertamanya di Pejabat Perdana Menteri.
Beliau memasuki kompleks itu kira-kira pukul 10.55 pagi bagi membuat persediaan menyampaikan perutusan pertamanya secara rakaman awal.
Kenderaan yang membawa Ismail Sabri turut diringi kenderaan pengiring dan peronda polis.
Beliau sempat melambai tangan ke arah pengamal media ketika disapa di luar bangunan ketika melepasi laluan Pintu Protokol.
Perdana Menteri kesembilan itu menyampaikan ucapan sulung beliau pada pukul 5.30 petang.
Ismail Sabri menerusi laman Facebook miliknya berkongsi poster yang memaklumkan ucapan tersebut akan disiarkan di stesen televisyen, RTM, Bernama TV, TV3, Astro Awani dan TV Al-Hijrah. – MalaysiaGazette