KUALA LUMPUR – Pemimpian-pemimpin utama parti Perikatan Nasional (PN) hari ini mengadakan mesyuarat khas di Publika.
Difahamkan, mesyuarat itu adakan bagi membincangkan isu barisan kepimpinaan kerajaan selepas persetujuan dibuat bagi memilih Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri kesembilan.
Antara pemimpin yang dilihat hadir adalah Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu; Setiausaha Agung, Star, Datuk Guan Dee Koh Hoi; Ketua Pemuda PN, Ir Khairil Nizam Khirudin; Ketua Wanita Bersatu, Datuk Seri Rina Harun dan Ketua Penerangan Pemuda PN, Muhammad Hilman Idham.
Mesyuarat berkenaan dipengerusikan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga pengerusi parti PN.
Pemimpinan PN mula tiba di Publika sekitar pukul 9.30 pagi tadi.
Ismail Sabri mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri semalam bagi menggantikan Muhyiddin yang meletak jawatan pada Isnin lalu selepas kehilangan sokongan majoriti.
Istana Negara dalam kenyataannya sebelum ini mengumumkan pelantikan Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri selepas 114 Ahli Dewan Rakyat daripada parti kerajaan pimpinan Muhyiddin mencalonkannya.
Langkah tersebut sekaligus mengekalkan pentadbiran lalu dari jatuh kembali kepada Pakatan Harapan (PH) yang mencalonkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri. – MalaysiaGazette
Berebut laaa korang dgn jawatan…tak habis2 gila jawatan ketika rakyat sedang susah