KUALA LUMPUR – Penerbitan video bertajuk ‘Mak, Dah Siap!’ yang dimuat naik pada 22 Ogos lalu oleh Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM) dengan mesej berbaur perkauman tidak lboleh diterima.

Walaupun IKRAM telah memohon maaf berikutan pelbagai kecaman namun pihak berkuasa diminta bertindak tegas terhadap penerbitan berkenaan.

Menurut Ketua Penerangan Kebangsaan MIC, Datuk V. Gunalan, pihaknya bukan sahaja terkejut malah langsung tidak boleh menerima alasan kononnya video itu lebih bersifat mendidik  rakyat Malaysia yang cenderung memberi gelaran kepada bangsa lain.

“Apakah ini satu alasan dan realiti yang perlu dipaparkan lagi-lagi masa bulan kemerdekaan yang memerlukan kita semua hidup bersatu padu bawah satu bumbung Malaysia ini?

“Malah apakah sebenarnya satu keperluan ketika kita semua sedang sarat berdepan dengan pandemik dalam keadaan cukup tertekan kemudian terbit pula video perkauman seperti ini?

“MIC mohon supaya pihak berkuasa ambil tindakan supaya pada masa hadapan isu seperti ini tidak timbul, ini sunggu menggangu fikiran sebenarnya.

“Ini bulan mendeka, penuh dengan sifat patriotik dan semangat perpaduan bukanlah rasis perkauman,” katanya kepada MalaysiaGazette hari ini.

Video ‘Mak, Dah Siap!’ adalah sebahagian daripada produk penerbitan sempena Sambutan Bulan Kebangsaan 2021 yang dianjurkan dengan tema #MerdekaBersama.

Bagaimanapun IKRAM tampil memberikan penjelasan  penerbitan video itu sebenarnya memberikan pengajaran stereotaip perlu dihentikan apatah lagi jika ia mula dipelajari oleh anak-anak dari awal usia.

IKRAM kemudiannya menarik semula penerbitan video tersebut di semua media sosial yang dikendalikan pertubuhan berkenaan.

Namun jelas Gunalan lagi, sebagai sebuah pertubuhan dakwah dan kebajikan sepatutnya badan itu sentiasa berusaha untuk menyampaikan mesej dan nasihat yang baik kepada rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama.

“Ini salah sebenarnya, tidak kisahlah bagaimana anda hendak beri justifikasi. Ini bukanlah caranya. Ini akan membuatkan kita lebih berpecah sebenarnya malah rata-rata dalam kalangan akan ada rasa tidak senang. Adakah semua itu perlu?” soalnya. -MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Itu bukan berbaur perkauman sebab si bapa tonton dan mengulas videos kumpulan China dan kumpulan India yang memandu mabuk dan berkelakuan gangsters yang jelas tidak melibatkan orang China lain dan orang India lain yang tiada dalam videos tersebut. Berbeza dengan Kula kebal secara menyeluruh kata Melayu pendatang adalah jelas salah fakta berbaur perkauman. Kasi visas cukuplah.

Comments are closed.