Shahrir Samad

KUALA LUMPUR – Tidak ada dalam pemimpin UMNO yang digelar ‘Kluster Mahkamah’ meminta kerajaan mencampuri dalam urusan mahkamah.

Sebaliknya hanya mahu perbicaraan yang adil.

Veteran UMNO, Tan Sri Shahrir Samad, untuk berlaku adil, bukan sahaja 78 individu dan entiti yang menerima notis kompaun Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mereka berhubung dakwaan menerima wang dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB)perlu dibicarakan.

“Tetapi juga Datuk Mustapha Mohamed dan Datuk Mas Ermieyati,” katanya.

Tapi pendakwaan itu ialah kuasa kerajaan iaitu kuasa Peguam Negara di bawah Perlembagaan.

“Boleh dakwa atau tidak (terbaru macam kes Xavier) dan boleh tarik balik kes yang berada dalam perbicaraan, macam kes Lim Guan Eng dan LTTE,” katanya.

Bagusnya apabila ada persetujuan tentang pemisahan kuasa antara Eksekutif, Legislatif dan Judisiari.

”Beza antara ‘kluster mahkamah’ dengan ramai yang lain ialah bahawa mereka terlepas dari pendakwaan (walaupun sudah disiasat dan belum lagi ditutup fail masing-masing) atau pun menjadi saksi untuk mengelak dari didakwa.

”Sungguhpun begitu, harapan saya ialah untuk membersihkan nama saya di mahkamah. Maka memang perlu sistem keadilan negara kita dipelihara dari campur tangan pihak ketiga,” ujarnya. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Betul tu. Masa kerajaan PH dan PN ramai dari UMNO yang di dakwa dengan pendakwaan terpilih untuk dijadikan modal politik dan memanjangkan kuasa. Sekarang PM nya dari UMNO. Apakah Tok Pahndan Mas Ermiyanti akan terlepas begitu saja. Apakah PM8 dan kjncinya akan terlepas dari dakwaan salahguna kuasa. Adilksh kalau mereks ni tidak didakwa. Orang orang yang kononnya berintigriti. Tapi retorik. Sebesar besar penyamun dan penyangak. Apakah baju hitam alan berdiam diri saja. Kita cabar baju hitam untuk tunjuk kehebatan bersuara dan berhimpun.

  2. BAJU HITAM dah hilang telor dan kemalu2an….Kena kompaun kerana tindakan BODOH..tapi tanpa rasa kemaluan minta derma orangramai bayar kompaun rm62000

Comments are closed.