Anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melakukan kerja-kerja memasang kawat duri di kawasan yang akan dilaksanakan PKPD.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 14 kawasan melibatkan Johor, Sabah, Kelantan dan Terengganu dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selama dua minggu mulai 27 dan 28 Ogos hingga 9 dan 10 September ini.

Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Rodzi Md. Saad berkata, dari jumlah itu, tujuh kawasan PKPD di Mukim Paka Terengganu, tiga di Tumpat, Kelantan, dua di Sabah dan satu di Johor Bahru.

Kata beliau, tujuh lokaliti di Terengganu ialah Bandar Paka, Gong Gemia, Cacar Baru, Limbong, Kuala Paka, Taman Indah Permai dan Telaga Mas di Dungun.

Mohd Rodzi Md. Saad

“Tiga kawasan di Kelantan pula Kampung Gering dalam Mukim Sungai Pinang, Kampung Baru Nelayan dalam Mukim Tumpat dan Kampung Talak dalam Mukim Jal Besar.

“Satu lokaliti di Johor Bahru ialah Kampung Orang Asli Simpang Arang, manakala Sabah melibatkan Kampung Sungai Imam, Tawau; Kampung Kapakaan, Keningau; dan Kampung Paris 3, Kinabatangan,” katanya dalam kenyataan kepada media malam ini.

Menurut Rodzi, lokaliti yang bermula PKPD pada 27 Ogos hingga 9 September ialah Johor dan Sabah, manakala Tumpat di Kelantan dan Terengganu mulai 28 Ogos hingga 10 September.

Sementara itu, dua kawasan iaitu masing-masing satu di Sabah dan Sarawak dilanjutkan tempoh PKPD selama dua minggu lagi bermula 27 Ogos hingga 10 September ini.

Lokaliti itu ialah Taman Puri Warisan, Kota Kinabalu dan Kuarters Pekerja Sri Datai Mining Sdn. Bhd. di Mukah, Sarawak.

Rodzi berkata, sebanyak 14 lokaliti iaitu di Sabah, Kedah, Pahang, Kelantan dan Perak ditamatkan PKPD mulai esok.

Kawasan itu ialah Kampung Gambaron 2, Telupid, Sabah; Kilang dan Kuarters Pekerja Bumi Timber Sdn. Bhd, Batu 27, Jalan Sook; dan Perusahaan & Kuarters Pekerja Kosinar Sdn. Bhd. Batu 28, Jalan Sook, Sabah.

Di Kedah pula melibatkan Taman Desa Bidara, Kuala Ketil, Baling; Apartment Amber Court dan Tapak Bina Grand Ion Delemen, Genting Hinglands, Bentong, Pahang.

Di Kelantan, Kampung Chenerai, Kampung Lubok Kawah, Kampung Pohon Tanjong, Kampung Pak Jak dan Kampung Landar (melibatkan sebahagian kampung sahaja) di Pasir Mas.

Turut ditamatkan mulai esok ialah Tapak Bina Spanish Garden, Kinta, Perak. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast