KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berbangga kerana diberi peluang untuk kembali menerajui Kementerian Pertahanan.
Hishammuddin berkata, beliau sangat berbesar hati kerana diberikan kepercayaan oleh Perdana Menteri menerajui kementerian yang pernah diselianya sebelum ini.
“Kepercayaan Perdana Menteri untuk saya kembali menerajui Kementerian Pertahanan amat saya hargai.
“Saya sentiasa bangga dan berbesar hati untuk berkhidmat demi warga ATM (Angkatan Tentera Malaysia) yang sangat besar jasanya kepada negara.
“Insyaallah will do my utmost best. Saya akan pikul amanah ini sebaiknya,” demikian ciap beliau di Twitternya hari ini.
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pagi tadi mengumumkan senarai Kabinetnya dan beliU akan dibantu Timbalannya, Datuk Seri Ikhmal Hisham Abdul Aziz.
Dalam kerajaan sebelum ini, Hishammuddin adalah Menteri Kanan yang turut mengetuai Kluster Keselamatan dan Luar Negeri. – MalaysiaGazette