Mayat Kyriakos Amiridis ditemui dalam sebuah kereta yang hangus terbakar. foto Getty Image

LIMA – Seorang wanita Brazil dihukum penjara selama 31 tahun kerana merancang membunuh suaminya yang juga bekas Duta Greece ke Brazil.

Mayat hangus Kyriakos Amiridis dijumpai di dalam but sebuah kereta terbakar di Rio de Janeiro pada tahun 2016.

Isterinya, Françoise de Souza Oliveira didakwa menjalinkan hubungan dengan seorang pegawai polis tentera, Sergio Gomes semasa kejadian itu berlaku.

Gomes kemudian mengaku membunuh duta itu atas perintah kekasihnya, yang dihukum penjara selama 22 tahun.

Hakim yang mendengar perbicaraan selama tiga hari itu menyifatkan kejahatan yang dilakukan Françoise dan Gomes umpama ‘binatang peliharaan’.

Seorang lelaki lain, Eduardo Moreira Tedeschi di Melo – saudara Gomes – dibebaskan daripada tuduhan pembunuhan tetapi telah menjalani hukuman penjara satu tahun kerana membantu menyembunyikan mayat Mr Amiridis.

Amiridis, 59, berkhidmat sebagai konsul di Rio de Janeiro dari tahun 2001-04 dan kembali ke Brazil sebagai duta pada tahun dia dibunuh.

Dia berkahwin dengan Françoise pada tahun 2004 dan pasangan itu mempunyai seorang anak perempuan.

Sebelum kematiannya, Amiridis telah keluar dari Brasilia ke kota Nova Iguacu, utara Rio, untuk menghabiskan cuti Krismas bersama isteri dan ibu bapanya.

Amiridis pertama kali didakwa hilang dengan meninggalkan kediaman mereka tanpa penjelasan dan memandu dengan kereta sewa.

Kereta yang terbakar itu ditemui pada keesokan harinya di bawah jejambat, dengan mayatnya berada di dalam.

Penyiasat menemui kesan darah di sofa dalam kediamannya, tempat pasangan itu tinggal dan dia dipercayai dibunuh di sana sebelum mayatnya dibawa keluar. – BBC

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast