Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin bercakap dalam sidang media pada hari pertama memulakan tugas di Kementerian Dalam Negeri, Putrajaya. Foto HAZROL ZAINAL, 01 SEPTEMBER 2021.

PUTRAJAYA – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dijangka bersetuju dengan hasrat kerajaan untuk melaksanakan perjanjian kepercayaan dan perbekalan (CSA) antara parti politik dalam negara.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, partinya perjanjian CSA akan membentuk landskap politik tanahair bahary yang mampu mengembalikan kestabilan negara.

“Saya yakin Presiden Bersatu (Tan Sri Muhyiddin Yassin) akan ambil pendekatan baharu ini sebagai sesuatu langkah baik demi masa depan negara kita.

“CSA sesuatu yang diumumkan oleh bekas perdana menteri (Muhyiddin), CSA itu sesuatu yang baik dalam mana nak menentukan kestabilan politik dalam negara.

“Kita tak mahu cerita haru biru kata kerajaan jatuh kerana ini boleh menyebabkan yang tidak tak stabilnya bukan sahaja politik, tapi juga program-program yang dirangka untuk bangunkan negara akan terjejas nanti,” katanya pada sidang media di Kementerian Dalam Negeri hari ini.

Hamzah yang juga Menteri Dalam Negeri menambah, pelaksanaan CSA bermakna parti politik akur dengan titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang mahu meredakan suhu politik dan agenda pemerkasaan kesihatan dan kebajikan rakyat dipergiatkan.

Tambah beliau, semua ahli parlimen perlu duduk bersama secara inklusif dan membincangkan kepentingan rakyat dan negara, terutama jalan penyelesaian jangkitan Covid-19 selain membincanghkan mengenai pembangunan dan ekonomi negara.

“Ini langkah ke hadapan untuk setiap ahli Parlimen berbincang ke arah lebih baik dan beri perhatian penuh supaya segala pemikiran yang baik harus kita tumpukan sepenuhnya bukan hanya kata menuduh hasut sesuatu yang sudah jadi perkara muak dalam negara,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast