CALIFORNIA – Puluhan ribu orang penduduk telah dipindahkan dari tepi Tasik Tahoe di utara California ketika kebakaran belukar terus merebak.

Kebakaran yang digelar Caldor Fire telah memusnahkan lebih dari 191,000 ekar, dengan hanya 16% api berjaya dikawal.

Lebih daripada 3,500 anggota bomba telah dikerahkan untuk memerangi kebakaran itu, yang bermula sejak lebih dari dua minggu yang lalu.

Sebuah hospital terpaksa dipindahkan, dengan pesakit dipindahkan ke kemudahan lain di wilayah ini.

Lima orang cedera, sementara lebih dari 700 harta benda telah rosak atau musnah, menurut pihak berkuasa.

Seramai 22,000 penduduk bandar South Lake Tahoe, destinasi percutian yang popular dan kawasan sekitarnya telah mendapat perintah mengosongkan premis pada pagi Isnin.

Perkhidmatan Hutan Amerika Syarikat (AS) juga telah mengumumkan penutupan semua hutan California dari hari Selasa hingga 17 September kerana kebakaran hutan.

Caldor Fire adalah salah satu daripada tujuh kebakaran yang kini aktif di California.

Kebakaran yang terbesar, Dixie Fire, telah memusnahkan lebih dari 800,000 ekar sejak pecah pada pertengahan Julai dan merupakan yang kedua terbesar dalam sejarah California.

Perubahan iklim meningkatkan risiko cuaca panas dan kering mungkin mencetuskan kebakaran hutan. – BBC

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast