Minister of Health Khairy Jamaluddin Abu Bakar interstate travel medical specialists doctors contract junior
Khairy Jamaluddin Abu Bakar

PUTRAJAYA – Pemberian data dan maklumat tambahan kepada orang ramai mengenai kes jangkitan Covid-19 dan program vaksinasi di negara ini akan dikeluarkan mulai minggu depan.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, ia adalah ketetapan terbaharu yang dibuat oleh pihaknya untuk meningkatkan lagi ketelusan kementerian dalam pemberian data mengenai kes harian dan segala perkara berkaitan vaksinasi.

“Untuk melegakan hati rakyat setelah berbincang mendalam dengan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, saya telah membuat ketetapan meningkatkan lagi ketelusan KKM dengan pemberian data dan maklumat tambahan kepada orang ramai selepas ini.

“Kita akan memulakan proses pengeluaran pelbagai data secara terperinci mengenai kes covid-19 dan juga vaksinasi serta segala isu berkaitan rawatan Covid-19 bermula minggu depan.

“Ini adalah granular data (data lebih terperinci) yang disediakan secara terbuka kepada semua untuk lihat lebih dari data yang dikongsikan selama ini dan akan lebih telus supaya soal kepercayaan kepada kerajaan dan respond KKM kepada pandemik tidak membawa tuduhan mempersoalkan mengenai kerahsiaan dan kesahihan,” katanya dalam sidang media hari ini.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Rembau itu juga berkata, satu usaha segera memerlukan sense of urgency memastikan penularan Covid-19 di beberapa negeri dapat dibendung secepat mungkin.

“Kita telah kita melihat melalui penubuhan Greater Klang Valley Task Force pada bulan lepas dan kita akan bawa fokus dan itensiti yang sama di beberapa negeri sedang berhadapan penularan kes yang tinggi di beberapa negeri dan minggu akan datang iaitu di Sabah, Johor, Kedah, Penang dan Kelantan.

“Negeri tersebut bukan hanya menerima bekalan vaksin lebih tetapi juga memulakan proses pemindahan tenaga kerja dan aset perubatan kepada negeri tersebut daripada negeri tidak lagi memerlukan Saet dan tenaga kerja berlebihan.

“Ini adalah usaha KKM untuk memastikan kes harian dan bilangan penduduk Malaysia terpaksa dimasukkan ke hospital untuk rawatan atau mengalami gejala serius dan teruk Covid-19 dan kes kematiannya dapat kita kurangkan secara keseluruhan untuk seluruh negara,” tegasnya.

Menurutnya, sebanyak 15.6 juta dos bekalan vaksin telah disediakan dan akan diedarkan ke lima negeri berkenaan bermula September  ini.

“Negeri yang akan menerima vaksin adalah Johor 1.9 juta dos vaksin, Kedah 1.3 juta dos, Kelantan 1.2 juta dos, Pahang 1.4 juta, Perak 1.6 juta, Penang 1 juta dos dan Sabah 2.9 juta.

“Ia akan membolehkan program vaksinasi di negeri-negeri dipercepatkan dan meningkat tanpa sebarang kesulitan,” ujarnya.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast