Kenderaan tenggelam dalam banjir kilat yang disebabkan oleh Taaufan Ida di New York. foto Xinhua

NEW YORK – Taufan Ida telah mengorbankan sekurang-kurangnya 20 orang di timur laut Amerika Syarikat pada pagi Khamis.

New York dan New Jersey masing-masing melaporkan sembilan dan lapan orang terkorban, dengan tiga orang terbunuh di Pennsylvania.

“Kami kehilangan sembilan orang akibat ribut ini. Kekejaman ribut ini secara tiba-tiba bukanlah suatu kebetulan.

Perubahan iklim adalah nyata dan kita harus bertindak sekarang sebelum lebih banyak nyawa hilang,” kata Datuk Bandar New York, Bill de Blasio.

Taufan kategori empat itu telah mengakibat banyak kenderaan terkandas dalam banjir kilat.

Lebih 370 penerbangan ke dan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Newark Liberty dibatalkan pada hari Khamis kerana kesan hujan lebat dan banjir semalam, menurut laman sosial lapangan terbang tersebut.

Malah pembukaan tenis terbuka Amerika Syarikat juga ditangguhkan disebabkan hujan lebat pada malam Rabu.

Ketua Majoriti Senat, Chuck Schumer berkata, sejumlah besar pembiayaan perlu dibelanjakan untuk infrastruktur dan perubahan iklim memandangkan banjir melampau berlaku di kota metropolitan itu.

“Apabila anda mendapat dua hujan lebat dalam seminggu, itu bukan hanya kebetulan. Ini disebabkan oleh perubahan iklim,” kata Schumer dalam taklimat media pada hari Khamis pagi.

Central Park di New York City mencatatkan 3.15 inci hujan dalam satu jam, melebihi paras tertinggi yang sebelumnya 1.94 inci dalam satu jam semasa Taufan Tropika Henri pada 21 Ogos.

Taufan Ida mendarat di Louisiana sebagai taufan Kategori 4 pada hari Ahad dan telah lemah menjadi ribut tropika. – Xinhua

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast