Lawatan sempena sambutan perayaan Deepavali bagi tahun ini kepada keluarga penghuni penjara.- Gambar hiasan.

KUANTAN – Penjara Penor di sini mula melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula hari ini susulan wujud Kluster Tembok daripada seorang tahanan yang disahkan positif Covid-19.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Superintendan Mohamed Rizal Kamarudin berkata, kawalan PKPD dilakukan sepenuhnya oleh pihak Penjara Penor dan pasukan polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan.

“Pihak Penjara Penor dengan kerjasama PDRM untuk kawalan keluar masuk melibatkan kakitangan keluar masuk yang terlibat dengan PKPD.

“Pergerakan tahanan untuk berbicaraan atau mahkamah tidah dibenarkan sepanjang tempoh PKPD dikuatkuasa.

“Sesuai pelaksanaan PKPD, maka SOP tertakluk yang telah diluluskan, dan disarankan kepada mereka yang telah berada di kawasan PKPD sahaja,” katanya ketika ditemui MalaysiaGazette.

Terdahulu, seorang tahanan lelaki Melayu berusia 35 tahun  telah dimasukkan ke Penjara Penor daripada Mahkamah Seksyen Kuantan pada 28 Julai lalu.

Beliau yang ditahan bersama 30 tahanan lain telah mengalami simptom pada 3 Ogos dan disahkan positif Covid-19 selepas empat hari kemudiannya.

Wabak dari kluster di penjara berkeluasan 80 hektar itu melibatkan 366 tahanan didapati positif dan menyebabkan PKPD dilaksanakan selama 14 hari sehingga 17 September 2021. – MalaysiaGazette