Adik kepada Allahyarham Abam Bocey, Syed Ali Mubarak dilihat sugul sewaktu bercakap pada sidang media khas mengenai penjelasan tindakan balu Allahyarham Abam, Nurhidayah Mohd Ali sewaktu ditemubual oleh Datuk Aliff Syukri di The Port, Selangor. foto HAZROL ZAINAL, 21 FEBRUARI 2020.

KUALA LUMPUR – Pelawak Ali Puteh meluahkan rasa marahnya apabila dituduh menggunakan wang arwah adiknya, Abam untuk mengusahakan tanaman pokok durian Musang King.

Menerusi hantaran di Instagram miliknya, Ali turut menunjukkan satu komen daripada seorang netizen yang membuat tuduhan berkenaan.

“Ya Allah..masih ada lagi manusia begini hidup di muka bumi ni.. kalau masih hidup cepat2 lah bertaubat..takot esok2 pergi ke negeri abadi masih xdpt maaf dari sy…

“Terlalu biadap sangat sampai kata saya makan duit arwah abang saya Abam ..cmne lah nak cari manusia ni.. tersangat biadap…kategori bangsat…!!” luahnya.

Baru-baru ini, pelawak berkenaan telah berkongsi mengenai dirinya yang kini sedang mengusahakan penanaman pokok durian Musang King yang dijangka menuaikan hasil lima tahun akan datang. – MalaysiaGazette