Ramli Mohamed yoosuf ketika merasmikan Taman Tualang Indah sebagai Taman Angkat AMANITA secara maya di IPD Temerloh.

TEMERLOH – Polis yakin kewujudan AMANITA yang dianggotai oleh pegawai kanan dan rendah polis wanita dengan kerjasama enduduk setempat dapat mengekang aktiviti jenayah yang berrlaku di kawasan kejiranan.

Ketua Polis Pahang, Datuk Ramli Mohamed Yoosuf berkata, polis wanita yang dilantik digelar “Peace Lady’ ini mampu menggerak dan menyelaras penglibatan wanita dan surirumah dalam program keselamatan bersama pihak polis.

Penubuhan AMANITA ini bersempena dengan  penubuhan jabatan baru dikenali Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti bertemakan ‘Komuniti Prihatin, Komuniti sejahtera’.

Selain itu, penglibatan AMANITA mampu menggerakkan kerja kemasyarakatan dan aktiviti kebajikan terutamanya dalam mendepani musim pandemik Covid-19.

“AMANITA dianggotai oleh Pegawai Kanan dan rendah polis wanita, sekali gus menjadikan suri rumah sebagai rakan polis

“Seharian masa suri rumah berada di rumah, mereka sesuai menjadi mata dan telinga polis.

“Pihak polis sangat yakin mereka mampu mencegah jenayah, masyarakat akan tahu ke mana mereka patutkan salurkan maklumat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika Pelancaran Taman angkata AMANITA yang memilih Taman Tualang Indah di mentakab secara maya dibuat pada pagi tadi di IPD Temerloh, Pahang.

Taman Tualang Indah, Mentakab merupakan taman angkat pertama yang dipilih dan di bawah pengawasan oleh pasukan AMANITA Ibu Pejabat Polis Daerah Temerloh.

Ia merupakan salah satu inisiatif di bawah “National Blue Ocean Strategy (NBOS)” bermatlamat menjadikan golongan suri rumahtangga sebagai rakan polis.

Program ini  difokuskan kepada golongan wanita terutaman suri rumah tangga untuk membantu pihak polis dalam pencegahan jenayah.

Katanya, memandangkan golongan ini kerap menjadi mangsa jenayah maka mereka perlu diberi pendedahan dan maklumat untuk sentiasa berhubung dengan anggota keselamatan. – MalaysiaGazette