Hospital Sultanah Aminah

 

KUALA LUMPUR – Hospital Sultanah Aminah (HSA) akan menjalankan siasatan dalaman berhubung dakwaan seorang pesakit Covid-19 tidak diberi makan dan minum.

Mesej itu tular turut mendakwa pesakit dimarahi petugas kesihatan.

“Pengurusan HSA mengambil maklum posting saudara Azahari Ramin dan Fuad Rahmat berhubung rasa ketidakpuasan hati mengenai layanan tidak memuaskan oleh petugas kesihatan terhadap isteri Azahari Ramin di Unit Kecemasan & Trauma HSA Bilik Covid2,” kata pengarahnya.

Hantaran itu dibuat oleh seorang lelaki di Facebook.

Sekiranya terbukti kesahihannya, tindakan akan diambil terhadap pertugas itu.

Katanya, pengurusan hospital kesal atas kejadian itu sehingga menyinggung perasaan masyarakat. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast