Foto Daily Star.

LONDON – Bintang remaja Liverpool, Harvey Elliott berdepan mimpi ngeri selepas mengalami kecederaan pergelangan kaki kiri yang membayangi kemenangan 3-0 Reds di Leeds awal pagi tadi.

Menurut laporan ESPN, pemain tengah Leeds, Pascal Struijk dibuang padang gara-gara terjahan berbahaya daripada belakang terhadap Elliott pada pertengahan babak kedua.

Liverpool ketika sudah selesa hasil jaringan ke-100 Mohamed Salah dalam Liga Perdana dan gol minit ke-50 Fabinho.

Sadio Mane menyempurnakan jaringan pada penghujung permainan ketika Liverpool menyertai Manchester United dan Chelsea di persada Liga Perdana dengan 10 mata daripada empat perlawanan.

Elliott, 18, yang membuat penampilan pertama Liga Perdana ketika berusia 16 tahun bersama Fulham menampilkan persembahan baik bersama skuad Reds pada awal musim ketika menentang Burnley dan Chelsea.

Kapten Liverpool, Virgil Van Dijk yang mengelami kecederaan lutut kanan musim lalu berkata Elliott akan mendapat sokongan bagi menghadapi kecederaan itu.

Insiden berkenaan berlaku di depan tempat duduk simpanan Liverpool dan Klopp terbabit dalam pertelagahan dengan pnyokong Leeds yang sebelum itu berang apabila perlawanan dihentikan. – ESPN

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast