revocation Emergency Ordinance legal firms Minister at Prime Minister's Deparment, Datuk Takiyuddin Hassan. PIX: HAZROL ZAINAL / MalaysiaGazette / 25 FEBRUARY 2020. Parliament sitting emergency period legal firms lawyers essential services total lockdown FMCO The special National Security Council (MKN) meeting yesterday has allowed lawyers who need to represent their clients to face new charges, remand arrests and various criminal application to go to the court
Takiyuddin Hassan

KUALA LUMPUR – Menteri Tenaga dan Sumber Asli Takiyuddin Hassan mengesahkan beliau kini sedang menjalani kuarantin kendiri di kediamannya setelah disahkan sebagai kontak rapat kepada individu positif COVID-19.

Menerusi satu kenyataan hari ini, beliau memaklumkan bagaimanapun hasil dua ujian RT-PCR yang dilaksanakan masing-masing pada 10 dan 13 Sept lepas, adalah negatif.

“Namun saya masih perlu jalani kuarantin kendiri hingga 20 Sept.  Ia sebagai mematuhi peraturan kesihatan dan prosedur operasi standard yang ditetapkan bagi individu yang menjadi kontak rapat pesakit COVID-19.

“Berikutan itu, saya tidak dapat menghadiri Istiadat Pembukaan Penggal Keempat Parlimen ke-14 yang berlangsung semalam dan Persidangan Dewan Rakyat sepanjang minggu ini serta tidak dapat menjalankan tugasan rasmi secara fizikal,” katanya.

Beliau berkata bagaimanapun tanggungjawab dan amanah akan dilaksanakan secara dalam talian sepanjang tempoh kuarantin.

— BERNAMA

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast