Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Sebanyak 76.2 peratus atau 17,833,355 individu daripada populasi dewasa di negara ini sudah lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19 setakat semalam, menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV).

JKJAV menerusi perkongsian infografik di laman Twitter hari ini memaklumkan 92.5 peratus atau 21,719,553 individu daripada populasi dewasa telah menerima sekurang-kurangnya satu dos termasuk penerima vaksin dos tunggal CanSino.

Sementara itu, sebanyak 39,234,306 dos suntikan vaksin telah diberikan setakat semalam termasuk vaksin dos tunggal dan dua dos.

“Semalam, sebanyak 248,410 dos vaksin telah diberikan menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK),” menurut JKJAV.

PICK dilancarkan pada 24 Februari lepas bagi memberikan vaksinasi untuk membendung pandemik Covid-19 di seluruh negara. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast