Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini memaklumkan satu pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dikenakan terhadap Taman Rimba Mentakab, Temerloh mulai esok.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Setelah meneliti pembentangan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) mengenai penilaian risiko serta trend jangkitan Covid-19, kerajaan bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di beberapa lokaliti bermula 20 September hingga 3 Oktober ini.

Ketua Pengarah Keselamatan Dalam Negara, Datuk Rodzi Md. Saad berkata, lokaliti yang dikenakan PKPD dua minggu itu ialah Kampung Sungai Kabuk, Kampung Sungai Tiang dan Kampung Sungai Chohong di Lembah Bertam, Mukim Ulum Telom, Cameron Highlands, Pahang.

Kata beliau, turut dikenakan PKPD bermula Isnin ini ialah Kampung Tamu darat, Kota Belud, Sabah.

Menurutnya, kerajaan juga bersetuju untuk menamatkan tiga lokaliti yang dikenakan PKPD selama dua minggu sejak 6 September lalu, mulai esok.

Lokaliti ditamatkan itu ialah Pusat Latihan Polis (PULAPOL), Kota Kinabalu, Sabah; dua zon dalam Mukim Kuala Kedah, Kota Setar, Kedah; dan Penjara Tapah termasuk kuarters di Batang Padang, Perak. – MalaysiaGazette