Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki (kiri) bertanyakan sesuatu dengan sebahagian Persatuan Penghantar P-Hailing pada Majlis Pelancaran Kempen Tuntutan Hak Penghantar Malaysia di Dataran Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur. Foto SYAFIQ AMBAK, 20 SEPTEMBER 2021.

KUALA LUMPUR – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki melancarkan Kempen Tuntutan Hak Penghantar Malaysia.

Menurut Asyraf, inisiatif ini diambil sebagai tanda keprihatinan UMNO selepas melihat banyak pengabaian kebajikan terhadap golongan tersebut.

Ujarnya, ramai dalam kalangan Pemuda UMNO juga terlibat dalam ekonomi gig ini menyuarakan keresahan mereka setiap kali beliau membuat lawatan ke beberapa negeri.

Selain itu, beliau turut menuntut keadilan kepada penghantar-penghantar yang meninggal dunia ketika menjalankan tugas.

“Rakan-rakan kita ini yang sudah menjadi arwah tidak terbela. Jadi kita tidak boleh memandang enteng perkara ini,” tegasnya pagi ini.

Menurut Asyraf, banyak kes melibatkan kematian petugas P-hailing ini tidak mendapat keadilan sewajarnya.

“Saya sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia memberikan komitmen 100 peratus untuk memperjuangkan isu-isu anda semua sehingga ke peringkat Perdana Menteri dan kerajaan,” katanya semasa sidang media hari ini.

Sebelum itu, Asyraf mempengerusikan Persidangan Meja Bulat Tuntutan Hak Penghantar Malaysia dengan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Persatuan Penghantar dan wakil-wakil Kesatuan p-Hailing dan e-hailing di Ibu Pejabat UMNO.

– MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast