Majlis Keselamatan Negara.

KUALA LUMPUR – Dua lokaliti dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) mulai esok dan 24 September ini.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN), dua lokaliti itu ialah Kampung Orang Asli Gangai dalam Mukim Slim, Muallim di Perak yang dikenakan PKPD selama dua minggu mulai 23 September hingga 6 Oktober.

Manakala Kampung Rompon di Tambunan Sabah dikenakan PKPD dari 24 September hingga 7 Oktober ini.

Bagi penamatan PKPD pula, Kampung Batu 1, Jalan Mentakab di Temerloh, Pahang; Felda Keratong 8 di Rompin, Pahang bermula esok, 23 September 2021.

Begitu juga dua lokaliti di Jerantut, Pahang iaitu Kampung Orang Asli Sungai Kiol dan Kampung Orang Asli Tekeh serta Felda Sungai Tekam, ditamatkan 23 September ini.

Turut ditamatkan ialah Kampun Lohan Ulu di Ranau, Sabah; Kampung Pengalat Kecil, di Papar serta Kampung Ulu dan Kampung Pasir Putih di Sabah.

Di Perak, Taman Samudera, Seri Manjung di Manjung juga ditamatkan bermula tengah malam ini. – MalaysiaGazette