KUALA LUMPUR – Pelakon Izreen Azminda selamat melahirkan seorang cahaya mata lelaki pagi semalam.

Berita gembira tersebut telah dikongsikan pelakon berkenaan menerusi akaun Instagram miliknya dengan memuat naik gambar sebahagian cahaya matanya itu.

“Syukur alhamdulillah.. Lahirlah seorang lagi putera dalam keluarga kecil kami. Terima kasih buat semua yg mendoakan mama dan baby… 21/9/21.. 9.06AM, ” tulisnya.

Sebelum ini, Izreen berkata, beliau perlu bersalin secara pembedahan memandangkan dua anaknya sebelum ini turut dilahirkan menerusi pembedahan.

Anak ketiga ini adalah anak kedua hasil perkahwinannya dengan suami, Muhammad Radzi Abdul Wahid atau Ude pada 8 Ogos 2017.

Perkahwinan pasangan tersebut telah dikurniakan cahaya mata, Aaron Ibrahim, 2, manakala perkahwinan pertama Izreen dengan bekas suami, Muhammad Riza Baharudin dikurniakan seorang anak iaitu Muhammad Adrian Umar yang kini berusia lapan tahun. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast