Foto Instagram Robert Lewandowski.

MUNICH – Bintang bola sepak Poland, Robert Lewandowski memenangi anugerah Kasut Emas Eropah mengatasi pesaing lain termasuk Kylian Mbappe dan Erling Haaland.

Penyerang Bayern Munich itu muncul penjaring terbanyak musim lalu selepas meledak 41 gol dalam 29 perlawanan Bundesliga.

Lewandowski, 33, berkata, dia mendedikasi anugerah itu kepada Bayern, keluarga, terutama isteri, Anna yang memberi sokongan buatnya selama ini.

“Atas sebab itu saya kongsikan anugerah ini kepada semua yang berada di sisi saya setiap hari. Saya amat gembira dengan apa yang kami capai sebagai satu pasukan. Terima kasih,” tulis di Instagram miliknya.

Sepanjang kariernya, Lewandowski meledak 230 gol dalam 231 penampilan bersama Bayern sejak 2016.

Musim ini, dia telah menjaringkan 11 gol dalam tujuh perlawanan awal. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast