Hamzah Zainuddin

KUALA LUMPUR – Rang Undang-Undang (RUU) Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) yang tertangguh sejak tahun lepas akan dibentang untuk bacaan kali kedua pada persidangan Dewan Rakyat kali ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, kementerian mengambil berat berhubung perkara itu dan tindakan segera akan dilakukan supaya pelaksanaan IPCC tidak berdepan penangguhan lagi.

“IPCC ini akan dibawa pada bacaan kedua pada sesi ini,” katanya ketika menggulung perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Rakyat hari ini.

Rang Undang-undang IPCC itu dibentangkan kali pertama di Dewan Rakyat pada 26 Ogos tahun lalu bagi mengadakan peruntukan penubuhan suruhanjaya bebas dan untuk mempertingkatkan integriti pasukan polis, mengurangkan salah laku dalam kalangan anggota polis serta menggalakkan keyakinan orang awam terhadap pasukan polis.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast