Ahli Parlimen pembangkang yang mengadakan perhimpunan di Dataran Merdeka di sini hari ini hampa apabila niat mereka untuk memasuki perkarangan bangunan Parlimen gagal.

PUTRAJAYA – Seramai 68 ahli Parlimen yang terlibat dalam perhimpunan di Dataran Merdeka pada Ogos lepas telah memohon pengurangan bayaran kompaun atas kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP).

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, pengurangan bayaran kompaun telah diberikan dan kesemua ahli Parlimen terbabit telah menjelaskan bayaran.

“Sama seperti rakyat lain, mereka yang langgar SOP dikenakan kompaun dan mereka minta diberikan diskaun.

“Kita bersetuju untuk beri diskaun kepada mereka,” katanya pada sidang media selepas penguatkuasaan dan pematuhan SOP Covid-19 di Kementerianya, di sini, hari ini.

Pada 2 Ogos lalu, seramai 68 ahli Parlimen terbabit disiasat di bawah Seksyen 9 Akta Perhimpunan Aman 2012, Seksyen 269 Kanun Keseksaan serta Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Mereka ini yang berkumpul di Dataran Merdeka ituĀ  terdiri dari sekumpulan ahli Parlimen pembangkang dari Parti Pakatan Harapan (PH), Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG), Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) dan Parti Warisan Sabah (WARISAN).

Mereka ini juga telah dipanggil polis bagiĀ melengkapkan kertas siasatan sebelum dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara. – MalaysiaGazette