Covid-19 deaths cases infection ICU hospital
Suasana wad pesakit Covid-19 yang kritikal ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Hospital Sungai Buloh, Selangor. Foto FAREEZ FADZIL, 06 FEBRUARI 2021.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Seorang pesakit COVID-19 tahap lima berjaya diselamatkan, tetapi mengalami hilang ingatan dan gagal mengenali ibu sendiri.

Ketua Pasukan Sukarelawan DAP Balakong, Lee Khai Ming berkata, enam minggu lalu, mangsa berumur 40 tahun itu telah mengalami masalah pernafasan dan dimasukkan ke hospital.

“Kami telah mendapat panggilan daripada ibunya yang meminta bantuan.

“Anak lelakinya yang dimasukkan ke hospital kemudian disahkan berada dalam tahap kelima COVID-19, lalu diberi rawatan dalam unit rawatan rapi,” katanya dalam satu perkongsian dalam Facebook yang dipetik China Press.

Kata Khai Ming, lelaki itu mula sembuh secara perlahan-perlahan sejak minggu lalu, tetapi menunjukkan tanda-tanda hilang ingatan.

“Apabila petugas hospital menghubungkan lelaki itu dengan ibunya melalui komunikasi bervisual, lelaki itu seakan-akan tidak mengenali mak sendiri.

“Ibu tersebut juga berasa bimbang dengan keadaan anak yang tidak ingat apa-apa,” katanya.

Lelaki itu sudah disahkan positif selama enam bulan dan masih berada dalam hospital kerana boleh menjangkit.

Selepas sembuh sepenuhnya daripada COVID-19, lelaki itu dijangka tidak boleh balik rumah serta-merta, tetapi perlu menerima rawatan susulan di pusat rehabilitasi kerana menunjukkan tanda-tanda hilang ingatan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast