Kementerian Belia dan Sukan

KUALA LUMPUR – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menangguhkan sementara kebenaran kehadiran penonton atau penyokong ke venue sukan dan rekreasi bagi Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Penangguhan ini bagi membolehkan perincian semula Protokol Am Pengurusan Penonton/ Penyokong dilaksanakan dengan mengambil kira penilaian risiko semasa dilakukan oleh KBS.

”KBS amat komited bagi memastikan pembukaan semula sektor sukan dan rekreasi dilakukan dengan teliti seiring dengan keperluan kesihatan awam,” katanya dalam kenyataan ringkas.

Tambahnya, KBS telah membentangkan cadangan kehadiran penonton/ penyokong ke venue sukan dan rekreasi bagi pertimbangan kerajaan melibatkan kawasan di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 2 dan Fasa 3.

Susulan itu, Mesyuarat Kuartet Menteri COVID-19 pada 21 September 2021 dan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik pada 22 September 2021 telah memutuskan agar KBS memperincikan Protokol Am Pengurusan Penonton/ Penyokong dengan penelitian terhadap beberapa aspek dengan mengambil kira input dan nasihat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia. – MalaysiaGazette

 

1 Komen

  1. Piala Euro sudah lama melabuhkan tirainya, kita lihat ramai penyokong negara-negara yamg bertanding di dalam stadium, setakat hari ini kita tidak pula dengar kluster euro di eropah, sepatutnya kerajaan perlu melihat dan menilai keberkesanan penganjuran Piala Euro untuk dipraktikan untuk Piala Malaysia pula.

Comments are closed.