Kerja-kerja pembaikan yang dijalankan oleh Air Selangor di Jejambat berhampiran Ampang Point.

KUALA LUMPUR – Setakat jam 6 petang tadi, kerja-kerja pembaikan paip pecah berhampiran Jejambat Ampang Point masih lagi giat dijalankan dan berada pada tahap 70 peratus.

Kerja-kerja dijangka siap sepenuhnya pada jam 10 malam ini dan bekalan akan disalurkan secara berperingkat-peringkat kepada kawasan yang terjejas.

Air Selangor berkata, berikutan itu kerja-kerja dijangka siap lebih awal, maka pemulihan bekalan air sepenuhnya juga dijangka lebih awal iaitu 10 malam esok. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast