KUALA LUMPUR – Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tinggi Batu Pahat,
Johor muncul juara menewaskan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Tun Ghafar
Baba, Melaka yang menduduki tempat kedua dalam kuiz perakaunan, ACCA-MMU Inter-School Accounting Quiz (AMISAQ) 2021 anjuran Universiti Multimedia (MMU), baru-baru ini.
Sekolah Menengah (SM) Sains Muzaffar Syah, Melaka berada di tangga ketiga diikuti dengan SM Kota Kemuning, Selangor di tempat keempat.
Seramai 585 pelajar dari 113 sekolah menengah di seluruh negara menyertai kuiz AMISAQ.
Keempat-empat pasukan membawa pulang hadiah wang tunai RM1,600, RM1,300,
RM1,000 and RM700 masing-masing. Kuiz berkenaan dianjurkan secara bersama
oleh Fakulti Perniagaan (FOB) MMU dan Association of Chartered Certified
Accountants (ACCA).
Prof. Dr. Ho Chin Kuan, Naib Presiden Akademic and Hubungan Antarabangsa
MMU memberitahu, AMISAQ adalah kuiz peringkat kebangsaan yang bermatlamat
menguji pengetahuan am dan kefahaman terhadap bidang perakaunan dalam
kalangan pelajar Tingkatan 5 sekolah menengah.
“Kuiz ini telah berjaya mencapai matlamatnya sebagai platform kepada para pelajar dan guru membina jaringan hubungan antara sekolah, universiti dan badan profesional,” tambahnya.
Dr. Lye Chun Teck, Dekan FOB berkata, pertandingan ini juga memberi peluang
keemasan kepada para pelajar dan sekolah untuk menambah ilmu pengetahuan dan
kesedaran terhadap profesyen perakauan.
“Ini dapat membantu para pelajar untuk memilih pilihan yang sesuai di universiti dan laluan kerjaya masa depan,” katanya.
Sementara itu, Pengarah Program, Lim Su Yin berkata: “Kuiz ini telah memupuk
semangat persaingan sihat selain menggalakkan para pelajar berinteraksi dan
membina jaringan antara satu sama lain,”.
Tan Jay dan rakan sepasukannya Kek Jun Xiang dari SMK Batu Pahat berkata,
mereka berasa gembira kerana dapat menimba pengalaman berharga hingga
membawa ke puncak kejuaraan. “Saya amat berterima kasih kepada guru
penasihat, Puan Tee Bee Yong yang telah memberi bimbingan dan tunjuk ajar
kepada kami,” ujarnya.
Kek Jun Xiang berkata: “Saya akan berusaha lebih gigih pada masa depan kerana
kuiz ini dapat membantu saya mengulang kaji kefahaman saya dalam pelajaran
untuk menduduki peperiksaan yang mendatang,” jelasnya.
Seorang lagi ahli pasukan, Lim Yi Nuo berkata: “Kuiz ini mengajar saya tentang nilai-
nilai dan semangat bekerja secara berpasukan. Terima kasih AMISAQ 2021 kerana
telah meningkatkan tahap keyakinan diri untuk bersaing dalam pertandingan,”
katanya.
Guru Pembimbing SMK Batu Pahat, Tee Bee Yong berkata, menerusi AMISAQ,
para peserta berpeluang untuk bersaing dengan para pelajar di seluruh negara dan
menilai tahap kemampuan mereka sendiri.
“Kemenangan SMK Batu Pahat dalam dua tahun berturut-turut telah memberi inspirasi kepada para pelajar terbabit untuk mengambil bidang perakaunan pada masa depan.
”Kemenangan mereka adalah hasil daripada kerja keras mereka,” katanya. – MalaysiaGazette