revocation of Emergency Ordinance Former Prime Minister Datuk Seri Najib Razak 1MDB debts KWAN 1Malaysia Development Berhad
Najib Razak

KUALA LUMPUR – Kompaun sebanyak RM1.1 juta yang dibayar Datuk Seri Ahmad Maslan untuk menyelesaikan dua pertuduhan kes yang dihadapinya adalah berbaloi.

Pendekatan itu boleh menyebabkan Ahli Parlimen Pontian itu mengelakkan kos guaman, kos masa mahkamah serta pencalaran imej bertahun-tahun lamanya untuk dilabel tuduhan “kluster mahkamah”, kata Datuk Seri Najib Razak.

Najib mengambil contoh kes Datuk Seri Anwar Ibrahim menyaman Khairy Jamaludin (KJ) pada 7 Mac 2008.

Artikel berkaitan: Mahkamah bebaskan Ahmad Maslan

”Pada 17 September 2021 iaitu 13 tahun kemudian, kes ini masih berjalan di mahkamah rayuan. Belum lagi masuk mahkamah persekutuan. Berapa kali dah Anwar dan KJ masuk mahkamah dan berapakah jumlah wang guaman yang sudah dibelanja sejak itu.

”Kes Liwat II Anwar juga didakwa pada tahun 2008 dan selepas 7 tahun, dia hanya diputuskan bersalah di mahkamah persekutuan pada bulan Mei 2015.

”Satu lagi contoh ialah kes banglo Guan Eng. Dia didakwa di mahkamah pada bulan Mac 2016 dan perbicaraan diperingkat mahkamah tinggi telah bermula pada awal tahun 2018 sebelum kesnya digugurkan pada bulan September 2018,” katanya.

Menurutnya, orang yang tidak pernah didakwa atau melawan kes mahkamah sudah tentu tidak akan faham kos guaman, betapa banyak masa yang perlu untuk bermesyuarat dengan peguam serta menghadiri perbicaraan di mahkamah dan betapa lamanya kes mahkamah boleh berlangsung.

Itupun di peringkat mahkamah tinggi, belum masuk mahkamah rayuan dan persekutuan, ujarnya.

”Tanyalah sendiri. Adakah kamu ingin berdepan dengan masa yang dibazir, kos guaman dan kerisauan selama 7 hingga 13 tahun?,” hujah beliau.

Sebab itu, katanya, bagi pertahankan keadilan terhadap tertuduh serta menjimat kos guaman kedua-dua pihak, Pejabat Peguam Negara semasa Kerajaan Barisan Nasional akan mendakwa sebarang kes sekiranya cukup bukti dan kebarangkalian untuk menang kes adalah setinggi 90 peratus.

Jadi, persoalan paling mustahak ialah kenapa pula kes-kes yang dituduh peguam negara masa kerajaan PH hampir 100 peratus kalah di mahkamah.

Namun, sindir Najib, yang paling pelik ialah Ahmad dan Tan Sri Shahrir Samad yang didakwa semasa pentadbiran Pakatan Harapan sebab menerima wang daripadanya.

Tetapi Ahli Parlimen Masjid Tanah dan Ahli Parlimen Jeli yang lompat ke PPBM selepas PRU14 tidak pula didakwa walaupun mereka juga menerima wang daripadanya.

”Adakah mereka telah salah gunakan institusi kerajaan untuk melancarkan serangan politik?,” tanya bekas perdana menteri itu. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Memang berbaloi-lah kalau dihukum dua kes itu dalam 8 juta tiba2 kena bayar satu-juta je. Ini lah untongnya-kalau umno memerintah. Najib pun sedang tunggu gilirannya

Comments are closed.