Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini hari ini telah memutuskan untuk membebaskan Datuk Seri Ahmad Maslan daripada dua pertuduhan yang dikenakan terhadapnya.

Ahli Parlimen Pontian itu didakwa gagal mengisytiharkan RM2 juta yang diterima daripada Datuk Seri Najib Tun Razak kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan memberi penyataan palsu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Keputusan ini dibuat selepas Setiausaha Agung UMNO itu membayar kompaun sebanyak RM1.1 juta.

Mengikut pertuduhan pertama, Ahmad Maslan didakwa atas kesalahan tidak mengisytiharkan pendapatan yang diterima beliau daripada Najib berjumlah RM2 juta menerusi sekeping cek AmIslamic Bank Berhad pada 27 November 2013.

Sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM5 juta atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Manakala dalam pertuduhan kedua, beliau didapati mengeluarkan keterangan palsu terhadap Pegawai Penyiasat SPRM berhubung cek tunai berjumlah RM2 juta pada 4 Julai 2019 di Bilik Sidang Media, Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. – MalaysiaGazette

berita penuh akan menyusul