Pelaksanaan dan penamatan PKPD di beberapa lokaliti di Pahang hari ini yang diumumkan MKN.

KUALA LUMPUR – Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di dua lokaliti di daerah Lipis dan Bera, Pahang bermula 1 dan 2 Oktober ini.

Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara, Datuk Rodzi Saad berkata, dua lokaliti yang akan menjalani PKPD adalah Ladang Felda Kechau 9, Mukim Kechau dan Taman Teratai, Mukim Budu bermula 2 Oktober hingga 15 Oktober 2021.

“Manakala Kampung Bukit Serdang di Bera akan menjalani PKPD bermula esok hingga 14 Oktober ini.

“Bagaimanapun tiada perlanjutan PKPD hari ini di dalam negara,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut Rodzi, pelaksanaan itu dilakukan setelah meneliti penilaian risiko yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan serta trend jangkitan Covid-19 di lokaliti-lokaliti berkenaan.

Dalam pada itu, beliau turut mengumumkan penamatan PKPD di empat lokaliti di negeri sama.

Tiga perkampungan Orang Asli terlibat dalam penamatan PKPD bermula esok adalah Kampung Kuala Terbol, Kampung Pian dan Kampung Lubok Wong di Temerloh dan Penjara Penor di Kuantan.

Kesemua lokaliti berkenaan dikenakan PKPD sejak 4 September lalu sebelum dilanjutkan semula sehingga esok. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast