Oh Tong Keong

GEORGE TOWN – Parti Gerakan Pulau Pinang mendakwa kerajaan negeri membuat pusingan U berhubung isu pembinaan projek mega terowong dasar laut yang akan menghubungkan pusat bandar dengan tanah besar.

Pengerusinya, Oh Tong Keong berkata, rancangan awal kerajaan DAP itu adalah untuk membina jambatan namun dibantah dibantah Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Penang Port Sdn Bhd (PPSB) dan pihak atasan syarikat pelabuhan.

“Pada tahun 2011 TUDM dan PPSB telah bantah tindakan kerajaan negeri kerana mereka berpendapat jambatan itu akan menghalang laluan penerbangan dan saluran navigasi membuatkan mereka memilih untuk membina terowong dasar laut.

“Tetapi sekarang, kerajaan DAP ingin membuat pusingan U melaksanakan projek mengikut cadangan asal. Adakah ia munasabah dan logik?”

“Selain itu, bekas kakitangan syarikat konsortium bagi pembinaan tiga lebuh raya membabitkan projek itu mengatakan lebuh raya yang menghubungkan Tanjung Bungah dan Teluk Bahang memakan kos yang tinggi iaitu RM700 juta dan ia mungkin tidak dapat dibinakan kerana tapak pembinaan itu tidak rata susulan masalah kestabilan cerun bukit,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut Tong Keong berkata, Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow perlu memberi penjelasan sama ada projek mega termasuk pembinaan tiga lebuhraya itu masih boleh diteruskan atau tidak.

“Kerajaan negeri diingat akan supaya sentiasa menjaga dan mempertahankan kepentingan rakyat Pulau Pinang dan jangan membiarkan rakyat kerugian dengan kehilangan tanah,” tegas beliau. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast