KUALA LUMPUR – Aplikasi MySejahtera bakal dilengkapi dengan butang ‘aduan’ bagi membolehkan orang ramai melaporkan pelanggaran Prosedur Operasi Standard (SOP).
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkata, menerusi kaedah terbaharu itu, pengguna boleh membuat aduan pelanggaran SOP oleh mana-mana individu atau premis kepada pihak berkuasa.
“Butang ‘aduan’ akan diaktifkan membolehkan orang ramai menggunakan kemudahan itu.
“Menerusi kemudahan baharu yang akan dilancarkan dalam waktu terdekat ini, pengadu juga boleh memuat naik gambar sebagai bukti aduan pelanggaran SOP” katanya demikian hantaran di laman Facebook, hari ini.
Antara fungsi butang ‘aduan’ adalah pelanggaran SOP untuk individu (tidak memakai topeng muka atau mematuhi jarak fizikal), pelanggaran oleh pengendali premis (kegagalan merekod pelawat atau memeriksa suhu badan), pelanggaran perintah kuarantin dan isu-isu lain.
Menerusi kemudahan baharu yang akan dilancarkan dalam waktu terdekat itu, pengadu juga boleh memuatnaik gambar sebagai bukti aduan pelanggaran SOP. – MalaysiaGazette