KUANTAN – Sesi persekolahan di Pahang secara bersemuka hari ini dimulakan secara berperingkat melibatkan seramai 8,277 pelajar di 41 buah sekolah.
Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Menengah Beserah, Datuk Azlan Muzin yakin semua penjaga bersyukur kerana anak mereka dapat kembali ke sekolah secara berperingkat pada dan 4 dan 11 Oktober ini.
“Bersyukur sekolah sudah buka disebabkan belajar secara maya berbeza besemuka kerana bersemuka lebih bermanfaat dan pelajar boleh terus bertanyakan kepada guru.
“Namun SOP perlu dipatuhi untuk kebaikan bersama, semua keluarga perlu ambil vaksin, anak tengok keadaan dapatkan nasihat mengikut keperluan untuk vaksin.
“Polis hadir buat pemantauan memberi keyakinan kepada ibu bapa untuk menghantar anak mereka ke sekolah,” katanya ketika ditemui MalaysiaGazette hari ini.
Hari ini, pengoperasian sekolah di Pahang melibatkan pelajar berkeperluan Khas dan pelajar Tingkatan 6 semester 2 dan pelajar bekerperluan khas sahaja.
Untuk rekod, seramai 2,125 pelajar tingkatan 6 yang terlibat dan lengkap dua dos vaksin layak untuk menghadiri sesi persekolahan hari ini.
Manakala seramai 747 orang guru kembali memulakan tanggungjawab sebagai pendidik pelajar secara bersemuka di sekolah masing-masing.
Bagi sekolah rendah pula, bilangan murid berkeperluan khas Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) adalah seramai 6,152
Mereka terdiri daripada 2,751 pelajar bekeperluan khas di sekolah menengah dan 340 di sekolah rendah.
Terdahulu, sesi persekolahan secara bersemuka melibatkan negeri Terengganu, Kelantan dan Pulau Langkawi di Kedah pada bermula semalam. – MalaysiaGazette