Atlet Terjun Negara, Nur Dhabitah Sabri. Foto MOHD ADZLAN, 13 APRIL 2021.

KUALA LUMPUR – Penerjun negara, Nur Dhabitah Sabri kini bergelar mahasiswa apabila dia memilih Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sebagai destinasi pengajiannya di peringkat tertinggi selepas cemerlang di arena sukan antarabangsa terutamanya di pentas Olimpik Tokyo 2020, baru-baru ini.

Menerusi hantaran di laman Facebook rasmi UKM semalam, atlet yang kaya dengan senyuman itu bakal mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Media di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK).

“Tahniah buat Nur Dhabitah Sabri, atlet Olimpik negara atas kemasukan ke UKM Program Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Media, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan,” tulis laman sosial UKM itu.

Nur Dhabitah yang berusia 22 tahun itu hampir menghadiahkan pingat di temasya Olimpik Tokyo pada Ogos lalu.

Atlet kelahiran Kuala Lumpur itu hampir berjaya menaiki podium dalam acara tiga meter papan anjal individu final apabila menamatkan saingan di tangga keempat dengan mengutip 326.15 mata. sekali gus dianggap pencapaian peribadi terbaiknya di pentas Olimpik.

Pingat emas dalam acara itu dimenangi juara bertahan dari China, Shi Tingmao diikuti rakan senegaranya, Wang Han meraih perak sementara Krysta Palmer dari Amerika Syarikat (AS) dengan gangsa. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast