Suspek abang askar dilihat menjilat dan menghisap jari mangsa pekerja kedai vape beberapa kali selama hampir 10 saat dalam kejadian di Taman Keramat Ampang dalam kejadian 5 Oktober lalu akan didakwa di mahkamah Ampang pagi Jumaat ini.

KUALA LUMPUR – Seorang pekerja wanita sebuah kedai vape di Taman Keramat di sini  trauma selepas dicabul kehormatan oleh lelaki berpakaian seragam tentera.

Kejadian itu berlaku sekitar pukul 1 tengahari ketika mangsa yang berusia 18 tahun itu kerja berseorangan di kedai berkenaan semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, semasa kejadian, mangsa didatangi  suspek ‘abang askar’ yang ingin membeli barangan vape sebelum keluar meninggalkan premis selepas selesai membeli barang yang diperlukan.

Namun selepas beberapa minit kemudian, suspek kembali dan masuk semula ke dalam premis dan memberitahu mangsa bahawa pod yang dibelinya tidak berfungsi.

“Mangsa kemudian mengambil pod dari suspek dan memeriksa barang tersebut sebelum menggantikannya dengan pod baharu.

“Ketika mangsa menyerahkan pod vape terbabit kepada suspek, ‘abang askar’ itu yang menyedari mangsa berseorangan di premis lantas mengambil kesempatan memegang tangan mangsa dan turut menjilatnya,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Lelaki beruniform tentera yang masuk ke dalam kedai vape memegang dan menghisap jari tangan seorang pekerja gadis muda ketika berseorangan dalam kejadian di Taman Keramat Ampang semalam sedang dikesan polis.

Tambah Mohamad Farouk , selepas itu, mangsa memberitahu ada kamera litar tertutup (CCTV) dalam premis itu, suspek serta merta melepaskan tangannya dan lantas meninggalkan kedai vape itu.

Menurut beliau, bertindak atas laporan yang diterima, polis meneruskan siasatan mengenai insiden itu.

“Malah usaha untuk mendapatkan butiran peribadi dan mengesan suspek sedang giat dijalankan pasukan polis IPD Ampang.

“Kes sedang disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul kehormatan yang memperuntukkan hukuman penjara yang boleh sampai sepuluh tahun atau dengan denda atau dengan sebat, atau kedua-duanya sekali.

“Justeru, orang awam yang mempunyai apa apa maklumat berkenaan kejadian boleh berhubung dengan pegawai penyiasat Inspektor Siti Zaleha Abdullah ditalian 03-42897222 atau balai polis yang berhampiran,” tegas beliau.

Jelas Mohamad Farouk, isu berkenaan juga turut tular dalam facebook oleh pemilik Facebook sebagaimana link berikut. https://www.facebook.com/100000449958588/posts/6454069754617959/?d=n

Dalam pada itu, penelitian terhadap link itu di Facebook mendapati  sekeping gambar dan dua klip video berdurasi 56 saat dan juga 36 saat itu dimuat naik pemilik akaun terbabit yang menunjukkan ‘abang askar’ memegang tangan mangsa dengan tangan kirinya sebelum menjilatnya beberapa kali selama lebih hampir 10 saat sebelum melepaskannya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette 2
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast