Gambar fail MG.

KUALA LUMPUR – Bilangan sembuh Covid-19 hari ini yang direkodkan masih kekal mengatasi kes baharu dengan 12,884  berbanding 9,890 baharu setakat jam 12 tengah hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia menjadikan kes kumulatif sembuh setakat ini berjumlah 2,157,565 atau 93.3 peratus.

“Bagaimanapun kes kumulatif bagi kes baharu masih kekal mengatasi kes sembuh dengan 2,313,727 kes kumulatif,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Daripada jumlah itu, sebanyak 18 kes merupakan kes import, masing-masing sembilan warganegara tempatan dan sembilan lagi bukan warganegara.

“Kes tempatan pula sebanyak 9,872 kes di mana 9,294 adalah warganegara atau 94.1 peratus, manakala 578 lagi bukan warganegara atau 5.9 peratus,” katanya.

Selain itu, kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) sebanyak 827 kes di mana 782 kes Covid-19; 45 kes suspected, probable dan kes dalam siasatan.

Kes memerlukan bantuan pernafasan pula sebanyak 445 kes di mana 336 Covid-19; 109 kes suspected, probable dan kes dalam siasatan, katanya. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Covid-19: Kekal bawah 10,000 kes