Kenderaan mewah BMW M3 yang diterima polis untuk pandu uji atau POC tanpa sebarang ikatan perjanjian beli oleh PDRM yang viral dalam media sosial semalam.ihsan pembaca

KUALA LUMPUR – Lima buah kenderaan BMW dan Volkswagen yang diterima Polis Diraja Malaysia (PDRM) semalam sekadar untuk pandu uji.

Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman, Komisioner Datuk Seri Sahabudin Abd Manan, tiada ikatan perjanjian dan pemerolehan kenderaaan itu dilakukan.

“Kita terima kereta mewah itu hanya untuk proses pandu uji untuk 14 hari tanpa sebarang ikatan perjanjian dan tidak ada langsung sebarang perolehan juga,” katanya ketika dihubungi MalaysiaGazette petang ini.

Lima kenderaan berkenaan iaitu BMW M3, X3 dan Volkswagen Tiguan itu adalah hanya untuk uji cuba selama dua minggu.

Kenderaan mewah BMW M3 dan Volkswagen yang akan dipandu uji oleh PDRM untuk dua minggu dan tidak membabitkan sebarang perjanjian pembelian.-Ihsan pembaca

Lima kenderaan berkenaan iaitu BMW M3, X3 dan Volkswagen Tiguan,

Sebelum ini tular di laman media sosial mendakwa PDRM akan menggunakan kenderaan BMW dan Volkswagen.

Kenderaan itu difahamkan akan dipandu uji Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman dan cawangan pengiring untuk tempoh yang ditetapkan itu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast