BATUMI, Georgia – Sekurang-kurangnya lima mayat ditemukan di bawah runtuhan bangunan kediaman di Georgia pada Sabtu, lapor Agensi Anadolu.
“Anggota bomba turut menyelamatkan dua warga tempatan dan dihantar ke hospital,” menurut kenyataan Kementerian Dalam Negeri.
Siasatan mengenai kejadian itu sedang dijalankan.
“Kami juga dimaklumkan dua atau tiga kanak-kanak dipercayai terperangkap di bawah runtuhan tetapi perkara itu belum dapat disahkan,” menurut kementerian.
Bangunan kediaman tujuh tingkat yang terletak di bandar Batumi, Laut Hitam itu runtuh pada Jumaat.
Misi mencari dan menyelamat masih dijalankan, kata Menteri Dalam Negeri Georgia, Vakhtang Gomelauri.
Zaur Budatov berkata pemilik rumah di tingkat satu bersama dua pekerja ditahan kerana melakukan pengubahsuaian secara haram. – Bernama