Kira-kira 998 kawasan akan mengalami gangguan air berjadual minggu depan. Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Pengurusan Air Selangor menasihatkan para pelanggan yang terjejas untuk menyimpan bekalan air secukupnya dan menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh gangguan bekalan air berjadual pada minggu depan.

Kerja-kerja penambahbaikan dan penyenggaraan aset-aset kritikal akan menyebabkan henti tugas Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSP1) yang bermula 9 pagi pada 13 Oktober ini dijangka pulih sepenuhnya pada jam 9 malam, 16 Oktober 2021.

Pengurusan Air Selangor berkata, pelaksanaan kerja-kerja ini telah tertangguh daripada jadual asal iaitu pada tahun 2019 dan 2020 berikutan insiden pencemaran air yang menyebabkan gangguan bekalan air tidak berjadual berskala besar.

Pelaksanaan kerja-kerja ini telah mendapat kelulusan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) bagi menaiktaraf sistem bekalan air demi keselesaan para pengguna pada masa hadapan. – MalaysiaGazette

998 kawasan alami gangguan air pada 13 Oktober ini