Erra Fazira.

KUALA LUMPUR – Nama primadona filem Melayu, Erra Fazira kembali menjadi sebutan di media sosial sejak semalam selepas terdapat khabar angin dia telah kembali menjadi isteri.

Bagaimanapun menerusi perkongsian seorang netizen di Twitter, Erra, 47, dikatakan menjadi isteri kedua kepada seorang ahli politik terkenal.

Namun netizen itu mempersoalkan sama ada isteri pertama kepada ahli politik tersebut tahu tentang perkara itu atau tidak.

Sementara itu di Instagram miliknya, ibu kepada seorang anak itu kini aktif dalam aktiviti sukan iaitu berbasikal.

Erra pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon dan pengarah Datuk Yusry Abdul Halim pada 2003 namun berpisah pada 2006.

Erra kemudian mendirikan rumah tangga dengan Engku Emran pada 2007 namun bercerai pada 2014.

Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Engku Aleesya kini berusia 12 tahun. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast