UMNO has named the Member of Parliament of Cameron Highlands, Datuk Ramli Mohd Nor as the candidate for Deputy Speaker of Dewan Rakyat.
Ramli Mohd Nor

KUALA LUMPUR – UMNO menamakan Ahli Parlimen Cameron Highlands, Datuk Ramli Mohd Nor sebagai calon Timbalan Speaker Dewan Rakyat.

Perkara itu dinyatakan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan menerusi ciapan Twitternya hari ini.

“Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bersetuju agar Ramli dicalonkan sebagai Timbalan Speaker Dewan Rakyat.

“Ini suatu sejarah, sebagai Orang Asli yang pertama dicalonkan hari ini yang merupakan hari akhir untuk cadangan nama, sebelum sidang Parlimen 25 Oktober 2021,” katanya.

Sebelum ini, nama Ahmad disebut sebagai calon Timbalan Speaker Dewan Rakyat yang dicadangkan Ismail Sabri tetapi disebabkan berlaku krisis politik, wujud unsur ugutan sekiranya nama Ahli Parlimen Pontian itu dipilih.

Pada Ahad lalu, beliau mengumumkan menarik diri daripada menjadi calon jawatan itu, yang dibuat selepas mengambil kira kekangan dan tanggungjawab selaku Setiausaha Agung UMNO.

Menurut beliau, perbincangan telah dibuat bersama pucuk pimpinan UMNO dan satu calon lain akan dikemukakan dalam masa terdekat.

Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-14 berlangsung selama 17 hari sehingga esok.

Istiadat pembukaan disempurnakan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. – MalaysiaGazette