Tertuduh berusia 31 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Wan Mohd. Norisham Wan Yaakob.
Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu dalam dua kejadian berasingan iaitu pada Februari dan Mac tahun lalu di sebuah kediaman di Taman Sri Skudai di sini tahun lalu.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14(a) dan Seksyen 14(b) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792).
Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjara tidak lebih 20 tahun dan denda.
Timbalan Pendakwa Raya, Chan Choon Yew dalam prosidingnya memberitahu, pihaknya tidak mencadangkan sebarang jaminan ditawarkan kerana tertuduh dan mangsa mempunyai hubungan keluarga.
Tertuduh dalam rayuan jaminannya memberitahu dia mempunyai tanggungan seorang isteri dan tiga orang anak serta mempunyai pendapatan bulanan hanya RM1,200.
Mahkamah kemudian bagaimanapun menetapkan tertuduh tidak diberikan sebarang jaminan dan kes akan disebut semula pada 30 November ini untuk serahan dokumen.- MalaysiaGazette