Dr. Adham Baba

KUALA LUMPUR – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi optimis sasaran penyertaan Malaysia ke Expo 2020 Dubai iaitu menjana nilai perniagaan dan pulangan pelaburan sebanyak RM8 bilion hingga RM10 bilion dapat dicapai.

Menterinya, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, penyertaan Malaysia dalam expo ini memberi peluang menonjolkan kepakaran teknologi dan keupayaan inovasi Malaysia di pentas antarabangsa, seterusnya mengukuhkan jaringan perhubungan yang luas untuk menarik kunjungan daripada kalangan pemegang taruh antarabangsa berprofil tinggi.

Ini terutamanya dalam kalangan peneraju bidang sains dan teknologi, ahli perniagaan, pelabur dan tokoh korporat antarabangsa ke Pavilion Malaysia di Dubai.

Menurutnya, Technology Park Malaysia (TPM) menjana sebanyak RM5.96 bilion pulangan perdagangan dan pelaburan pada minggu pertama Expo 2020 di Dubai.

Jumlah RM5.96 bilion ini merangkumi tiga memorandum persefahaman (MoU) yang dimeterai di antara Technology Park Malaysia dan Ztartup.com, Purely B dan AM Zaideen Sdn. Bhd., serta DeTmax Engineering Sdn. Bhd. dan ADV Fusionex Sdn. Bhd. bernilai RM150 juta, tiga Surat Niat (LoI) yang membawa nilai RM2.73 bilion serta dua memorandum kerjasama (MoC) bernilai RM29 juta.

Sementara itu, 64 potensi perniagaan dijalankan dengan Emiriah Arab Bersatu, Namibia, Argentina, Kosovo, Slovenia, Slovakia dan Kanada yang bernilai RM3.05 bilion.

Seterusnya, pada minggu kedua penyertaan Malaysia di Expo 2020 Dubai, Cradle Fund Sdn. Bhd. iaitu agensi di bawah MOSTI, telah memetarai 11 MoU dan menjana pulangan perdagangan serta pelaburan sebanyak RM1.26 bilion.

Syarikat-syarikat terlibat adalah:
i. Techcapital Resources Sdn. Bhd. dan Terrabit Consulting Pvt Ltd, India;
ii. Techcapital Resources Sdn. Bhd. dan Shaheena Foodstuffs Trading, UAE;
iii. Euro Circuit Technology Sdn. Bhd. dan Modern Arab Laboratories LLC (MODAL), Oman;
iv. Euro Circuit Technology Sdn. Bhd. dan Bardawil Specialties Qatar W.L.L, Qatar;
v. Euro Circuit Technology Sdn. Bhd. dan Al Ghad Al Zahir, Iraq;
vi. GK Aqua Sdn. Bhd. dan El Komy, Mesir;
vii. MYEG dan China Academy of Information and Communication Technology (CAICT),
Institute of Industrial Internet and Internet of Things (IOT);
viii. Neuon AI Sdn. Bhd. dan Liming Heavy Industry, China;
ix. Neuon AI Sdn. Bhd. dan SBM;
x. Neuon AI Sdn. Bhd. dan Zhengzhou Tongding Machinery; dan
xi. Neuon AI Sdn. Bhd. dan Henan Zhongke Engineering & Tech Co.Ltd

Penyertaan Malaysia ke Expo 2020 Dubai merupakan salah satu daripada usaha untuk memacu dan memulihkan semula ekonomi negara pasca pandemik Covid-19, katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast