LONDON – Dua pemain Tottenham Hotspur diuji positif Covid-19 menjelang aksi Liga Perdana Inggeris menentang Newcastle United.
Dua pemain yang tidak dinamakan itu berlatih dengan pasukan pada Khamis sebelum disahkan positif jangkitan Covid-19.
Kini mereka kuarantin kendiri selama 10 hari dan akan terlepas aksi di St James Park malam ini dan aksi menentang West Ham minggu depan.
Kini pemain lain turut berdepan risiko kuarantin kendiri kerana menjadi kontak rapat.
Spurs dilanda masalah besar selepas tugas antarabangsa apabila kebanyakan pemain mengalami kecederaan dan juga isolasi diri.-Metro.co.uk