Junta tentera Myanmar telah membebaskan beratus-ratus tahanan politik di Penjara Insein di sini sejak rampasan kuasa pada Februari lepas.- Pix agensi

YANGON – Junta tentera Myanmar telah membebaskan beratus-ratus tahanan politik di Penjara Insein di sini sejak rampasan kuasa pada Februari lepas.

Agensi melaporkan antara yang telah dibebaskan termasuk jurucakap parti Liga Nasional untuk Demokrasi (NLD), Monywa Aung Shin dan pelawak terkenal, Zarganar.

Rata-rata mereka ditahan selepas melakukan kecaman dan tekanan terhadap pemerintahan tentera sejak rampasan kuasa itu.

Semalam dalam satu rancangan khas televisyen tempatan, sejurus selepas ucapan Ketua Tentera, Min Aung Hlaing, kerajaan mengumumkan lebih daripada 5,600 orang yang ditangkap atau dikehendaki akan dibebaskan kerana pengampunan dan atas alasan kemanusiaan.

Pembebasan itu digambarkan oleh beberapa aktivis sebagai taktik oleh tentera yang berkuasa untuk berusaha membina semula reputasinya pada peringkat antarabangsa selepas ASEAN membuat kejutan dengan mengecualikan pemimpin tentera junta daripada menghadiri sidang kemuncaknya.

Pelapor Khas Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) mengenai hak asasi di Myanmar, Tom Andrews menyambut baik pembebasan itu tetapi tetap mempersoalkan penahanan mereka, lapor agensi berita CNA.

Sejak Februari lalu, junta sudah membebaskan beberapa tahanan politik selepas menggulingkan kerajaan. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast