Friday, November 15, 2024
Home Politik Masuk pilihan raya nak menang bukan hendak pesta – Mohamad

Masuk pilihan raya nak menang bukan hendak pesta – Mohamad

Mohamad Hasan

Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, perkara itu akan diputuskan dalam Mesyuarat Khas Majlis Tertinggi (MT) parti itu dalam waktu terdekat dengan mengambil kira segala pandangan dan kaji selidik daripada setiap bahagian.

“Parti belum buat keputusan lagi (setakat ini), keputusan akan dibuat daripada Mesyuarat MT, jadi semua keputusan nanti kita bincang daripada syor biro politik dan pandangan lain secara teliti, pengakhirannya kita akan tengok mana beri kebaikan, masuk pilihan raya nak menang bukan nak pesta.

Apa jua keputusan akan diputuskan dalam mesyuarat tersebut dan presiden parti akan buat kenyataan, setakat hari ini tiada keputusan lagi,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Taklimat dan Perasmian Berkelompok Persidangan Tahunan Cawangan UMNO 2021, Bahagian Rembau di sini semalam.

Dalam pada itu, Mohamad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Rantau berkata, sekiranya UMNO bergerak sendirian, parti itu sudah menyasarkan kerusi yang akan ditandingi namun perancangan itu akan diolah kembali jika UMNO memutuskan bekerjasama dengan parti lain.

Secara umumnya, UMNO sudah tahu mana kerusi-kerusi yang kita hendak bertanding, cuma jika ada pihak lain (kerjasama parti lain) kita akan ubah semula (pembahagian kerusi).

“Ini semua terpulang kepada keputusan MT UMNO, Melaka tak ada banyak kerusi jadi tidak ada isu pembahagian kerusi dalam kalangan parti komponen BN… kita tak boleh kata kerusi tradisi lagi, bagi UMNO bila kita masuk PRN Melaka, kita nak menang bukan nak bermegah-megah,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast